Selasa, 27 Mac 2012

Tugasan Kumpulan Darjah 5

Kamu bolehlah melihat apa yag Cikgu sudah siapkan di blog ini sebagai panduan untuk menyiapkan slaid-slaid pembentangan kamu. Selamat berusaha dan semoga berjaya! :-)

Isnin, 22 Mac 2010

Dikir Barat

Apa itu Dikir Barat?

Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara.

Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.

Zapin dan Alat-alat Muzik Zapin

Salam sejahtera murid-murid. Selamat kembali ke sekolah untuk penggal 2. Kali ini, Cikgu akan memperkenalkan kepada kamu seni tarian zapin dan alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian ini. Sila tonton video berikut. Dapatkah kamu kenal pasti alat-alat muziknya? Selamat belajar!

Rabu, 29 Julai 2009

Wayang Kulit

Murid-murid, kamu telah pun membaca tentang Wayang Kulit. Di sini Cikgu sertakan petikan video persembahan wayang kulit. Walaupun dialog dalam video ini menggunakan bahasa Kelantan, namun Cikgu harap kamu boleh memahami ceritanya dengan berpandukan sari kata yang disediakan. Selamat menonton persembahan wayang kulit!


Wau Bulan

Murid-murid, sila tonton video mengenai Wau Bulan yang Cikgu paparkan kali ini. Perhatikan dan pelajarilah bagaimana sesebuah wau itu dihasilkan dan bagaimana wau dimainkan. Cikgu harap video ini akan membantu kamu mengetahui lebih banyak lagi tentang wau bulan. Selamat menonton!

Rabu, 15 Julai 2009

Songket

Murid-murid, sila tonton video mengenai songket yang Cikgu sertakan di sini. Perhatikan berapa banyak corak dan motif yang terdapat pada setiap songket itu. Tentu tidak terkira kan? Selamat menonton!

Pembelajaran Bahasa Melayu untuk P4

Apa khabar murid-murid? Sudah lama Cikgu tidak mengemaskini blog ini. Terbaharu Cikgu mahu membuka blog ini untuk murid-murid darjah 4 pula. Selamat menimba ilmu melalui blog Cikgu Manisah! :-)