Isnin, 22 Mac 2010

Dikir Barat

Apa itu Dikir Barat?

Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara.

Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.

Zapin dan Alat-alat Muzik Zapin

Salam sejahtera murid-murid. Selamat kembali ke sekolah untuk penggal 2. Kali ini, Cikgu akan memperkenalkan kepada kamu seni tarian zapin dan alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian ini. Sila tonton video berikut. Dapatkah kamu kenal pasti alat-alat muziknya? Selamat belajar!