Selasa, 8 Julai 2008

Bengkel Mereka Aktiviti Pembelajaran Bahasa Melayu Menggunakan Blog

Hari ini saya menghadiri bengkel di atas bagi menggantikan tempat Cikgu Fatimah. Walaupun banyak yang saya sudah tahu mengenai pembinaan blog, namun banyak juga perkara baru yang dapat saya pelajari daripada bengkel ini. Selain daripada itu, seronok juga dapat bertemu teman-teman seperjuangan seperti Cikgu Hindon, Cikgu Sabariah dan Cikgu Safidah.

Memanglah sebelum ini saya pun belum pernah membuat blog khusus untuk pembelajaran Bahasa Melayu. Mudah-mudahan bengkel ini akan menjadi langkah pertama saya menuju ke arah tersebut. Insya'allah!