Rabu, 9 Julai 2008

3 Perkara Baru

Murid-murid, catatkan 3 perkara baru yang kamu telah pelajari tentang Thailand dengan memberi komen di sini. Kamu boleh melihat slaid yang cikgu telah gunakan kelmarin untuk mengingati kembali. Selamat mencuba!

Renung Sejenak - Penggal 2

Murid-murid, sila postkan renungan kamu di ruangan ini. Dengan cara ini, kita boleh berkongsi pembelajaran kita bersama. Selamat bermuhasabah!

Selasa, 8 Julai 2008

Negara-negara Jiran Kita

Minggu lepas dan hari ini, kita telah pun belajar serba sedikit mengenai negara Thailand dan Filipina. Minggu ini, cikgu mahu kamu semua mencari maklumat tentang negara-negara jiran kita yang lain pula. Sebagai contoh, tonton video di bawah ini:

Bengkel Mereka Aktiviti Pembelajaran Bahasa Melayu Menggunakan Blog

Hari ini saya menghadiri bengkel di atas bagi menggantikan tempat Cikgu Fatimah. Walaupun banyak yang saya sudah tahu mengenai pembinaan blog, namun banyak juga perkara baru yang dapat saya pelajari daripada bengkel ini. Selain daripada itu, seronok juga dapat bertemu teman-teman seperjuangan seperti Cikgu Hindon, Cikgu Sabariah dan Cikgu Safidah.

Memanglah sebelum ini saya pun belum pernah membuat blog khusus untuk pembelajaran Bahasa Melayu. Mudah-mudahan bengkel ini akan menjadi langkah pertama saya menuju ke arah tersebut. Insya'allah!